Pemerintahan Ummaiyyah Kerajaan_Bani_Umaiyah

Muawiyah telah menjadi Gabenor Syria di bawah pemerintahan khalifah ketiga Islam, Saidina Uthman Affan. Pada tahun 35 Hijriah,kota Madinah yang menjadi ibu kota negara Islam telah dilanda krisis politik yang hebat sehingga mencetuskan pemberontakan menentang kerajaan. Akibatnya, Khalifah Uthman bin Affan dibunuh oleh pemberontak. Selepas peristiwa pembunuhan Saidina Uthman, Saidina Ali Abi Talib telah dilantik menjadi khalifah yang baru.

Memandangkan pembunuh Saidina Uthman belum dihukum oleh Saidina Ali , Muawiyah enggan menerimanya sebagai khalifah dan menentang Saidina Ali pada tahun 657. Bukan sahaja Muawiyah enggan menerima Saidina Ali sebagai khalifah, malah dia turut menuduh Saidina Ali sebagai gagal untuk membunuh Sayyidina Uthman (pak ciknya). Dalam kata lain, Muawiyah mencadangkan bahawa Saidina Ali sendiri terlibat dalam pakatan membunuh Khalifah Uthman).[1]

Kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Rundingan ini dilihat oleh para pengikut Saidina Ali sebagai tidak adil. Empayar Islam dipecahkan. Selepas Saidina Ali dibunuh pada tahun 661, anak Saidina Ali iaitu Saidina Hassan telah menjadi khalifah namun baginda telah mengambil keputusan untuk memberi jawatan khalifah kepada Muawiyah sebagai khalifah seluruh empayar Islam atas harapan Muawiyah dapat menyatukan umat Islam pada masa itu kerana Saidina Hassan tidak sanggup untuk melihat perpecahan umat Islam terus berlaku dihadapan matanya.Hal ini menyebabkan tertubuhnya Kerajaan Bani Ummaiyyah dan menyaksikan pertukaran pusat pemerintahan daripada Madinah ke Damsyik.

Empayar kekuasaan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kuasa Bani Ummaiyyah berpusat kepada jajahan Byzantian di Syria dan mengekalkan pegawai tempatan yang bukan muslim sebagai pentadbir. Bani Ummaiyyah turut memusatkan usaha mereka kearah menguasai Mediterranean dan menakluk Konstentinopal. Banyak penaklukan dan pembukaan wilayah baru dibuat semasa pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslim berjaya menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar Islam daripada Semenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibn Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di Sind, India.

Kerajaan Bani Ummaiyyah ditewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas dalam perperangan pada tahun 750 masihi. Hal ini menyebabkan kebanyakan kaum keluarga Bani Ummaiyyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Seorang waris Bani Ummaiyyah iaitu Abd-ar-Rahman I mengambil pemerintahan Islam di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah Andalusia di sana.